Welcome to BK Roomz, Budget Hotel in Bandar Utama Batang Kali



GentingHighland(30min)CableCar(18min)UluYamRiver(16min)UluKalongRiver(7min)SendatWaterfall(13min)Sg.Kedondong(9min)HuluTamuHotSpring(8min)TanjungMalim(30min)


Friday 8 August 2014


Kami di Hotel BK Roomz mengutuk Israel dan kuncu - kuncu laknatullah dan mengajak rakan - rakan dan sahabat - sahabat kami bersatu membantu saudara - saudara islam kita di Palestine. Sabda Baginda SAW daripada:

Hadits ibnumajah 2748

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا لَيْثُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْهَادِ عَنْ الْوَلِيدِ بْنِ أَبِي الْوَلِيدِ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سُرَاقَةَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَسْتَقِلَّ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ حَتَّى يَمُوتَ أَوْ يَرْجِعَ

Barang siapa yg mempersiapkan perbekalan orang yg berperang maka ia mendapatkan pahala sepertinya hingga ia syahid atau menang. [HR. ibnumajah No.2748].

Hadits ibnumajah 2749

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِ الْغَازِي شَيْئًا

Barangsiapa menyiapkan segala sesuatu bagi orang yg berperang di jalan Allah, maka baginya seperti pahala orang yg berperang itu sendiri, tanpa ada pengurangan dari pahalanya (pejuang) sedikitpun. [HR. ibnumajah No.2749].

Kalau boleh elakkan dari membeli barangan atau produk dari US, Eropah dan Israel, belilah barangan atau produk tempatan kita sebagai ganti (sama kualiti malah lebih murah) dan selepas itu infakkan atau sedekahkan sedikit wang lebihan kita (sekadar kemampuan masing-masing) kepada badan-badan NGO seperti Aman Palestine, Aqsa Syarif dll yang dapat menyalurkan duit bantuan kepada saudara islam kita di Palestine.

Jagalah Iman, solat dan carilah ilmu supaya amalan kita berdasarkan ilmu tauhid, fiqh dan tasawwuf yang kita pelajari bukan semata-mata mengikut orang atau mengikut keadaan semasa.

Monday 12 May 2014

Happy Wesak Day 2014

To all our Buddhist guests and friends, we at Hotel BK Roomz wishes you a Happy Wesak Day to you and your family

Tuesday 1 April 2014


Whazz Up Hulu Selangor kali ini ingin memakmlumkan Karnival Fiesta Mesra Belia yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Hulu Selangor dari 12/4/2014 hingga 13/4/2014 bertempat di perkarangan jalan rumah kedai JRD Batang Kali. Marilah datang beramai-ramai sebab ada berbagai acara dan pertandingan yang akan diadakan seperti Tilawah Al-Quran, Pertandingan Kompang, Autoshow, Battle of the Band, Futsal, Karaoke, Sukaneka dan pertanding Aerobik.

Thursday 30 January 2014

Selamat Tahun Baru Cina... Happy Chinese New Year...Gong Xi Fa Cai

Kepada semua tetamu - tetamu dan kawan - kawan Hotel BK Roomz yang berbangsa Cina. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina..Gong Xi Fa Cai.

Saturday 25 January 2014

Whazz Up Hulu Selangor: Ceramah MaulidurRasul Bersama Ustaz Mohd Zain Noh


Kepada semua jemaah dan anak-anak kariah Masjid Sg. Masin, Batang Kali, Selangor mari datang dengar kuliah Maghrib sempena sambutan MaulidurRasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Zain Noh pada 31 January 2014 (Jumaat)

Sunday 19 January 2014

Whazz Up Hulu Selangor: Pesta Rakyat Hulu Tamu 2014

Whazz Up Hulu Selangor kali ini ingin memaklumkan berkenaan Pesta Rakyat Hulu Tamu 2014 yang akan berlangsung di Teratak Nalys Eco Resort & Equestrian dari 7 Februari. 2014 sehingga 9 Februari 2014. Macam - macam acara dan pertandingan yang akan dijalankan di sana. Marilah datang beramai - ramai ke Pesta Rakyat Hulu Tamu 2014.

Wednesday 15 January 2014

Perkhidmatan Shuttle Ke Genting dan LCCT/KLIA


Hotel shuttle from/to Genting Skyway Cable Car
  • Adult/Dewasa = RM20 per adult one way (plus RM5 to Theme Park)
  • Children below 17 = RM10 per child one way (plus RM5 to Theme Park)
Hotel shuttle from/to LCCT/KLIA
  • MPV = RM150 one way
  • Sedan = RM120 one way
  • Pick up service is also available at the same rate as above

Sunday 12 January 2014

Salam Maulidur Rasul... Ya Muhammad, Engkaulah Penghulu Dan Contoh Bagi Kami Ummatmu Yang Ingin Mengikutimu


Minyak Naik Harga...Tariff Elektrik Naik Harga...Harga Bilik Kami Tetap Sama Harga Dulu, Kini dan Selamanya

Pengumuman penting kepada semua tetamu - tetamu dan kawan - kawan Hotel BK Roomz yang setia. Kami telah membuat keputusan bahawa harga bilik - bilik di Hotel BK Roomz tetap sama walaupun TNB telah menaikkan tariff elektrik yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 (sila layari website  http://www.tnb.com.my/tnb/business/for-commercial/pricing-tariff.html untuk maklumat lanjut). 

Akan tetapi pihak Kami telah membuat keputusan bahawa segala diskaun - diskaun untuk salesman, pemandu lori, pemandu van dan sebagainya akan dimansuhkan serta merta kerana kami menanggung kos operasi yang lebih tinggi disebabkan kenaikan tarif elektrik ini. Terima kasih TNB sebab berusaha menaikkan tarif elektrik walaupun syarikat TNB tetap untung 4,630.7juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013, kalau TNB mengalami kerugian takpe lah naikkan tarif, ni tidak sebaliknya pula yang berlaku lagi untung lagi naik.

Kami meminta maaf tetapi kami akan sentiasa  melaksanakan janji kami iaitu hotel bajet harga pun bajet juga. Terima kasih atas sokongan anda selama ini kepada kami.

Dear our loyal guest and friends. We would like to inform you that we have decided NOT to increase our room rate despite of increase in electricity tariff announced by TNB effective from 1 January 2014 (please refer to TNB website http://www.tnb.com.my/tnb/business/for-commercial/pricing-tariff.html ).

However, in order to cope with the increase of our operational cost (thanks to TNB and we still cannot figure out how come TNB can increase the tariff although TNB have reported cumulative net profit of 4,630.7million for period ended 31 August 2013 in their website, if TNB is making loss and increase the tariff should make sense but this is otherwise), we have also decided to withdraw all our discount offers to salesmen, lorry drivers, van drivers etc. 

We are very sorry and also regret to take this decision but still shall continue to fulfill our promise of which our hotel budget still offers budget rate for all our rooms. Thank you for your kindly support.

Tuesday 7 January 2014

Dafi Akan Datang Ke Marrybrown Batang Kali 11 Januari 2014 (Sabtu)


Marrybrown Batang Kali buat julung kalinya akan membawa Dafi ke Batang Kali pada 11 Januari 2014 (Sabtu) bermula pukul 3 petang. Adik - adik dan kakak - kakak marilah melihat sendiri Dafi secara 'live' di Marrybrown Batang Kali.