Welcome to BK Roomz, Budget Hotel in Bandar Utama Batang Kali



GentingHighland(30min)CableCar(18min)UluYamRiver(16min)UluKalongRiver(7min)SendatWaterfall(13min)Sg.Kedondong(9min)HuluTamuHotSpring(8min)TanjungMalim(30min)


Friday 8 August 2014


Kami di Hotel BK Roomz mengutuk Israel dan kuncu - kuncu laknatullah dan mengajak rakan - rakan dan sahabat - sahabat kami bersatu membantu saudara - saudara islam kita di Palestine. Sabda Baginda SAW daripada:

Hadits ibnumajah 2748

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا لَيْثُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْهَادِ عَنْ الْوَلِيدِ بْنِ أَبِي الْوَلِيدِ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سُرَاقَةَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَتَّى يَسْتَقِلَّ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ حَتَّى يَمُوتَ أَوْ يَرْجِعَ

Barang siapa yg mempersiapkan perbekalan orang yg berperang maka ia mendapatkan pahala sepertinya hingga ia syahid atau menang. [HR. ibnumajah No.2748].

Hadits ibnumajah 2749

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِ الْغَازِي شَيْئًا

Barangsiapa menyiapkan segala sesuatu bagi orang yg berperang di jalan Allah, maka baginya seperti pahala orang yg berperang itu sendiri, tanpa ada pengurangan dari pahalanya (pejuang) sedikitpun. [HR. ibnumajah No.2749].

Kalau boleh elakkan dari membeli barangan atau produk dari US, Eropah dan Israel, belilah barangan atau produk tempatan kita sebagai ganti (sama kualiti malah lebih murah) dan selepas itu infakkan atau sedekahkan sedikit wang lebihan kita (sekadar kemampuan masing-masing) kepada badan-badan NGO seperti Aman Palestine, Aqsa Syarif dll yang dapat menyalurkan duit bantuan kepada saudara islam kita di Palestine.

Jagalah Iman, solat dan carilah ilmu supaya amalan kita berdasarkan ilmu tauhid, fiqh dan tasawwuf yang kita pelajari bukan semata-mata mengikut orang atau mengikut keadaan semasa.

Monday 12 May 2014

Happy Wesak Day 2014

To all our Buddhist guests and friends, we at Hotel BK Roomz wishes you a Happy Wesak Day to you and your family

Tuesday 1 April 2014


Whazz Up Hulu Selangor kali ini ingin memakmlumkan Karnival Fiesta Mesra Belia yang dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B Hulu Selangor dari 12/4/2014 hingga 13/4/2014 bertempat di perkarangan jalan rumah kedai JRD Batang Kali. Marilah datang beramai-ramai sebab ada berbagai acara dan pertandingan yang akan diadakan seperti Tilawah Al-Quran, Pertandingan Kompang, Autoshow, Battle of the Band, Futsal, Karaoke, Sukaneka dan pertanding Aerobik.

Thursday 30 January 2014

Selamat Tahun Baru Cina... Happy Chinese New Year...Gong Xi Fa Cai

Kepada semua tetamu - tetamu dan kawan - kawan Hotel BK Roomz yang berbangsa Cina. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina..Gong Xi Fa Cai.

Saturday 25 January 2014

Whazz Up Hulu Selangor: Ceramah MaulidurRasul Bersama Ustaz Mohd Zain Noh


Kepada semua jemaah dan anak-anak kariah Masjid Sg. Masin, Batang Kali, Selangor mari datang dengar kuliah Maghrib sempena sambutan MaulidurRasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Zain Noh pada 31 January 2014 (Jumaat)

Sunday 19 January 2014

Whazz Up Hulu Selangor: Pesta Rakyat Hulu Tamu 2014

Whazz Up Hulu Selangor kali ini ingin memaklumkan berkenaan Pesta Rakyat Hulu Tamu 2014 yang akan berlangsung di Teratak Nalys Eco Resort & Equestrian dari 7 Februari. 2014 sehingga 9 Februari 2014. Macam - macam acara dan pertandingan yang akan dijalankan di sana. Marilah datang beramai - ramai ke Pesta Rakyat Hulu Tamu 2014.